Coach, Bojan Hodak and the KL City FC players lifting the Malaysia Cup trophy after beating JDT with 2-0 during the TM Malaysia Cup 2021 Final Match at the Bukit Jalil National Stadium, Kuala Lumpur. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 30 NOVEMBER 2021
Coach, Bojan Hodak and the KL City FC players lifting the Malaysia Cup trophy after beating JDT with 2-0 during the TM Malaysia Cup 2021 Final Match at the Bukit Jalil National Stadium, Kuala Lumpur. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 30 NOVEMBER 2021. Ketua jurulatih, Bojan Hodak bersama pemain pasukan KL City FC menjulang piala selepas menewaskan pasukan JDT yang berkesudahan 2-0 pada Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 NOVEMBER 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sempena kemenangan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia – Wilayah Persekutuan mendapat cutiĀ  pada Jumaat ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat selaras dengan subseksyen 9 (2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Hari kelepasan am itu merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Kemenangan semalam adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia yang mana kali terakhir kemenangan pada tahun 1989,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette