GEORGE TOWN – Kertas siasatan hidangan sotong goreng bernilai RM100 yang dijual di Restoran Hameediyah di sini, sudah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya untuk tindakan lanjut.
Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan berkata, pihaknya sudah selesai menjalankan siasatan berhubung isu tersebut dan kes itu dianggap selesai.
Bagaimanapun, ketika diminta mengulas sama ada pemilik restoran melanggari akta harga jualan sotong berkenaan, Mohd Ridzuan enggan mengulas lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN
Sotong goreng RM100: KPDNHEP keluar notis kepada pemilik restoran
“Kita sudah serah kertas siasatan kepada pihak kementerian di Putrajaya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di Pasar Raya Sunshine Square di Bayan Baru di sini, hari ini,
Dalam perkembangan berasingan, Mohd Ridzuan berkata, restoran yang menjual hidangan kailan ikan masin pada harga RM18 di Kepala Batas juga dikehendaki memberikan maklum balas Notis Pengesahan Maklumat Barangan selewat-lewatnya hari ini untuk tujuan siasatan kes berkenaan.
“Hari ini adalah hari terakhir pemilik restoran tersebut perlu mengemukakan maklum balas mengenai notis yang diserahkan kepadanya pada 28 November lalu,” kata beliau. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN