Mohd Zawawi Ahmad Mughni

SHAH ALAM – Tapak tanah perkuburan Islam yang telah diwartakan, tetapi masih kosong, boleh digunakan oleh mana-mana pihak untuk aktiviti bermanfaat dengan syarat mendapat kelulusan daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, aktiviti yang hendak dijalankan atas tapak tanah perkuburan yang belum digunakan itu mestilah sah dan mematuhi undang-undang.

“Kebenaran menggunakan tapak ini adalah bersifat sementara dan sebagai langkah di sini, hari ini.

Mengenai soalan, bagaimana jika tapak itu telah digunakan bagi aktiviti lain sebelum pewartaannya, beliau berkata, ia di bawah tanggungjawab Pentadbir Tanah Daerah.

Bagaimanapun, katanya, apabila tapak itu telah diwartakan di bawah kawalan Pengarah JAIS, pihak yang menjalankan aktiviti itu perlu mengemukakan permohonan penggunaan tanah itu kepada jabatan berkenaan.

Mohd Zawawi juga memberitahu, ketika ini JAIS telah mengambil beberapa langkah untuk melindungi tapak tanah itu daripada digunakan tanpa kebenaran.

Antara langkah diambil ialah melakukan melaksanakan pemantauan ke atas tapak yang telah diwartakan di bawah kawalan Pengarah JAIS.

“Selain kerajaan negeri bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan menguatkuasakan peraturan di bawah Kanun Tanah Negara.

“Kita juga melaksanakan dasar membuka penggunaan tanah dengan kebenaran pegawai pengawal bagi tujuan mewujudkan mekanisma penyelenggaraan tapak di bawah kelolaan JAIS,” katanya

Beliau berkata, tapak tanah perkuburan Islam di bawah kawalan JAIS memang dibuka kepada yang berminat untuk menyewa dan manfaatkannya.

“Yang pastinya usaha kita ini akan memberikan hasil tambahan kepada JAIS dan juga memberi manfaat kepada penduduk serta tanah itu tidak terbiar,” katanya. – MalaysiaGazette