Foto IG Fattah Amin.

KUALA LUMPUR – Pelakon Fattah Amin mengundang sebak di hati peminat selepas menitip ucapan hari lahir buat puteri tersayang, Nur Fatima Aisya yang dimuat naik di media sosial miliknya

Biarpun hanya ucapan ringkas sempena hari jadi Fatima yang keempat, namun ia menyentuh hati pengikutnya.

Dalam hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG), Fattah turut meluahkan kerinduan terhadap anak tunggalnya itu.

“Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT. Daddy misses you,” tulisnya ringkas.

Ucapan Fattah buat Fatima itu menerima lebih 84,000 tanda suka dan lebih 800 komen.

Minggu lalu, pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah hadir ke Mahkamah Syariah Subang Bestari bagi prosiding perceraian.

Bagaimanapun, Fattah masih belum bersedia melepaskan pelakon filem Pisau Cukur itu kerana mengakui masih sayangkan isterinya.

Oleh itu, kes perceraian mereka ditangguh pada 7 Oktober ini. Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast