Arif Aiman (kiri) dan Kalamullah Al-Hafiz. Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe akhirnya terpaksa memanggil pemain muda dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman dan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan menjelang kejohanan AFF Suzuki Cup 2020.

Ia susulan beberapa pemain-pemain lain yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan,

Menurut kemaskini yang dibuat oleh laman sosial rasmi FAM hari, Arif yang  berusia 19 tahun itu dipanggil bagi mengisi lompong yang ditinggalkan oleh pemain-pemain seperti Darren Lok, Akram Mahinan, Kenny Pallraj dan terkini Mohamadou Sumareh.

Kalamullah pula dipanggil bagi menggantikam penjaga gol Peak, Azri Ghani yang turut. mengalami kecederaan.

Sementara itu, prestasi Arif Aiman dalam saingan liga Malaysia musim 2021 secara keseluruhannya begitu baik sekali dan Harimau Malaya pastinya menagih aksi terbaiknya dalam aksi AFF Suzuki Cup 2020 yang akan bermula beberapa hari sahaja lagi.

Malaysia akan membuka aksi dalam kejohanan itu pada 6 Disember ini apabila akan berdepan dengan pasukan Kemboja di Stadium Bishan.

Walaupun skuad Cheng Hoe kali ini bukanlah yang terbaik namun separuh akhir adalah satu sasaran perlu dicapai dan lebih penting lagi sebagai persiapan menuju kelayakan akhir kejohanan Piala Asia 2023 tahun hadapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast