Bonnie Gustin ketika majlis penyampaian pingat selepas merangkul emas dalam Kejohanan Angkat Berat Para Dunia di Tbilisi, Georgia, Rusia. Foto: Facebook Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan emas dalam Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2021 di Tbilisi, Rusia, semalam.

Atlet kelahiran Sarawak itu tampil gagah beraksi dengan angkatan seberat 210 kilogram (kg) sekali gus muncul juara menewaskan seteru sengit dari China, Hu Peng (196kg) yang meraih perak dan Ibrahim Shaaban dari Mesir untuk gangsa dengan angkatan 195kg.

Selain itu, seorang lagi atlet Sarawak yang turut berentap malam tadi, Sonia Agon menduduki tempat kelapan kategori wanita 73kg dengan sekadar berjaya melakukan angkatan terbaik 85kg.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Bonnie setelah berjaya mengekalkan gelaran jaguh dunia angkat berat itu.

“Tahniah Bonnie! Malaysia berbangga denganmu!, katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Bonnie merangkul emas pertama negara pada temasya Paralimpik Tokyo dalam acara 72kg powerlifting dengan angkatan terbaiknya 228kg sekali gus memecahkan rekod temasya itu yang dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227kg ketika di Rio 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast