Allahyarham Sabbaruddin Chik

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik dilaporkan meninggal dunia pada jam sekitar 8 malam ini.

Beliau berusia 80 tahun.

Difahamkan beliau menghembuskan nafas terakhirnya di di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Allahyarham menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari tahun 1987 hingga 1996.

Allahyarham memulakan karier politiknya selepas bertanding di Parlimen Temerloh dan memegang kerusi itu dari tahun 1982 hingga 1999.

Sabbaruddin juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1996. – MalaysiaGazette