Hermono (kiri) bersama Kon Yeow (tiga dari kanan) serta Bambang (kanan) pada Majlis Makan Malam sempena Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia ke-76 di G Hotel, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Kira-kira 1,500 warga Indonesia dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di negara ini sejak pandemik  bermula.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, jumlah kematian tertinggi yang direkodkan pihak kedutaan adalah pada Ogos lalu iaitu seramai 700 individu.

Hermono.

“Jumlah kematian secara keseluruhan 1,500 orang itu direkodkan berdasarkan maklumat yang dimaklumkan pada pihak kedutaan.

“Manakala jumlah kematian paling banyak tahun ini direkodkan berlaku bulan Ogos hingga September yang mana ketika itu Malaysia turut mencatatkan tahap kemuncak penularan kes positif Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam sempena Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia ke-76 di Hotel G Hotel di sini hari ini.

Majlis yang sama turut dihadiri Konsul General Indonesia di Pulau Pinang, Bambang Suharto serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. – MalaysiaGazette