Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ismail .

JOHOR BAHRU – “Miss you Lil. Love you.

Demikian luahan ringkas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melahirkan rasa rindu kepada adindanya, Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ismail .

Luahan  itu dizahirkan TMJ menerusi laman Facebooknya setelah  genap enam tahun pemergiannya adindanya itu yang mesra dipanggil Lil.

Anakanda keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim itu mangkat pada 5 Disember 2015 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) ketika berusia 25 tahun akibat kanser hati.

Status yang dimuat naik TMJ di media sosial juga mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna lain.

“Almarhum Tunku Laksamana Johor insan yang merendah diri bersama rakyat dan hebat semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman Ameen al fatihah,” kata seorang netizen, Hafiz Elias.

“He was a humble and nice man. Animal’s lover! God love him more. RIP Tunku,” kata seorang lagi netizen, Albert Tho.-MalaysiaGazette