The Special Dewan Rakyat Sitting at the Parliament in Kuala Lumpur. PIX COURTESY OF THE DEPARTMENT OF INFORMATION / 26 JULY 2021. motion of confidence motions no confidence Supply Bill 2022 Budget
Dewan Rakyat - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan (KKM).

Perkara itu diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi undian suara majoriti.

Kelulusan tersebut membabitkan peruntukan berjumlah RM28.3 bilion bagi Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan Belanjawan 2022.

Terdahulu, kebanyakan ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan masih menyentuh mengenai isu doktor kontrak dan penggunaan kanabis serta ketum dalam perubatan.

RUU tersebut dibahaskan oleh seramai 22 Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa berkenaan. – MalaysiaGazette