Noor Hisham Abdullah Sarawak state election Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,020 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif individu yang dijangkiti virus itu meningkat kepada 2,673,019 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya di laman Facebook miliknya, di sini, hari ini.
Semalam, sebanyak 4,965 kes baharu jangkitan positif dilaporkan yang mana 29 daripadanya merupakan kes import membabitkan 22 warganegara dan tujuh kes warga asing. – MalaysiaGazette