Antonio Conte. Foto The Athletic.

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengesahkan seramai 13 lagi individu disahkan positif Covid-19 menerusi hasil ujian calitan yang dilakukan pada hari ini.

Beliau yang bimbang dengan situasi itu menyatakan sanggup dijangkiti virus tersebut.

Mereka yang dijangkiti Covid-19 adalah lapan pemain dan lima kakitangan kelab itu namun identiti mereka tidak didedahkan.

Ia membuatkan Conte bimbang meskipun mempunyai pemain simpanan untuk menghadapi Liga Europa menentang Rennes awal pagi esok.

Mereka yang dijangkiti Covid-19 positif perlu melakukan kuarantin kendiri selama 10 hari.

Pada Ahad ini, Spurs akan berdepan Brighton dalam aksi liga domestik yang kini perbincangan untuk menangguhkan perlawanan tersebut sedang dilakukan. – Agensi