Foto Facebook Kedah Darul Aman FC.

KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman FC mengucapkan terima kasih kepada penyerang importnya, Kpah Sherman sepanjang menyumbang tenaga dengan skuad hijau kuning sejak musim 2020.

Kelab itu berkata, ia menghormati pilihan Sherman untuk melanjutkan kontrak musim depan dengan pasukan berbeza walaupun barisan kejurulatihan berhasrat mengekalkannya semusim lagi.

“Warga KDA FC mengucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya beliau dengan pasukan baharu.

“Sepanjang menabur bakti selama dua musim, Kpah Sherman menjaringkan 19 gol bersama pasukan Kedah.

“Selain pernah beraksi untuk kejohanan kelayakan dan Play-Off Piala AFC 2020, dia antara penyerang import yang sering menjaringkan gol membantu kemenangan pasukan Kedah, seterusnya membantu Kedah keluar sebagai Naib Juara Liga Super selama dua tahun berturut-turut,” kata kelab itu dalam satu kenyataan di Facebook.

Pemain antarabangsa Liberia berusia 29 tahun itu dijangka menyertai Terengganu FC pada musim depan.

Musim ini, Sherman meledak 14 gol dengan empat bantuan gol disumbangkan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast