PUTRAJAYA – Lebih 130 penyokong Datuk Seri Najib Razak turun ke perkarangan Kompleks Istana Kehakiman seawal jam 8 pagi tadi bagi menunjukkan tanda sokongan mereka.
Bermula jam 8 pagi tadi, sekumpulan lelaki dan wanita mula membanjiri kompleks ini dengan memakai baju melayu putih dan baju kurung putih.
Mereka hadir dengan menaiki dua van dan sebuah bas.
Turut kelihatan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Adam.
Sementara itu, Tinjauan Malaysia Gazette mendapati perkarangan Kompleks Istana Kehakiman hari ini dikawal rapi pihak berkuasa.
Mahkamah Rayuan yang diketuai panel tiga akan memutuskan rayuan sabitan dan hukuman ke atas Najib dalam kes menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) pada jam 9 pagi ini.
Lagi menyusul…