Filem Roh terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam acara Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-31.

KUALA LUMPUR – Filem Roh terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam acara Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM 31) yang berlangsung malam tadi.

Kejayaan tersebut menyaksikan filem arahan Emir Ezwan itu menewaskan empat buah filem lain, antaranya seperti Sangkar, Fly By Night, Ejen Ali The Movie dan Geran.

Kemenangan tersebut juga sudah dijangka memandangkan Roh telah dicalonkan untuk mewakili Malaysia ke Oscar 93 untuk Anugerah Filem Cereka Antarabangsa.

Untuk kategori Pengarah Terbaik pula, ia diraih oleh Khabir Bhatia untuk filem Sangkar dengan menewaskan empat calon lain iaitu Emir Izwan (Roh), Usamah Zaid Yasin (Ejen Ali The Movie), Zahir Omar (Fly By Night) dan Adrian Teh (Wira).

Zul Ariffin memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Ke-31.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pula menjadi milik Zul Ariffin menerusi filem Sangkar dengan menewaskan empat calon lain iaitu Syafiq Kyle (Pusaka), Fabian Loo (Fly By Night), Anding Indrawani (Headhunter) dan Namron (Roh), manakala anugerah Pelakon Wanita Terbaik menjadi milik Sinje Lee.

FFM 31 yang berlangsung kali ini menyaksikan sebanyak 55 buah filem dipertandingkan merangkumi 32 filem berbahasa Melayu manakala lapan (Mandarin), 11 (Tamil) dan empat (lain-lain).

Dalam pada itu, pemenang bagi setiap kategori akan membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, manakala Filem Terbaik mendapat Dana Kandungan Digital berjumlah RM500,000.

Remy memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Ke-31.

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 31:

1. Sinematografi Terbaik – Low Soon Keong (Fly By Night)

2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Putri Qaseh (Roh)

3. Lagu Tema Terbaik – Ayuhlah (Suatu Ketika)

4. Penyunting Terbaik – Heng Yin Chau (Fly By Night)

5. Pelakon Wanita Harapan – Fify Azmi (Wira)

6. Pelakon Lelaki Harapan – Anding Indrawani (Headhunter)

7. Pengarah Harapan – Zahir Omar (Fly By Night)

8. Cerita Asal Terbaik – Tan Twan Eng (The Garden Of Evening Mists)

9. Lakon Layar Terbaik – Emir Ezwan (Roh)

10. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab

11. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Fauziah Nawi

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman FFM31 menjadi milik Fauziah Nawi.

12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Junainah M. Lojong (Roh)

13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Remy Ishak (Sangkar)

14. Filem Box Office – Ejen Ali The Movie

15. Poster Terbaik – Walk With Me

16. Kesan Khas Visual Terbaik – The Garden Of Evening Mists

17. Tatarias Terbaik – Ella Sandera (Sangkar)

18. Rekaan Busana Terbaik – Tengku Syahmi (Roh)

19. Skor Muzik Terbaik – Reinchez Ng

20. Penataan Seni Terbaik – Sangkar

21. Penataan Bunyi Terbaik – Ejen Ali The Movie

22. Anugerah Khas Juri 1 – Suatu Ketika

23. Anugerah Khas Juri 2 – Geran

24. Anugerah Khas Juri 3 – Headhunter

25. Pelakon Wanita Terbaik – Sinje Lee (The Garden Of Evening Mists)

26. Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin (Sangkar)

27. Pengarah Terbaik – Khabir Bhatia (Sangkar)

28. Filem Terbaik – Roh – MalaysiaGazette