Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard REUTERS/Russell Cheyne

LONDON – Steven Gerrard bersedia untuk melepaskan sentimen kelab Liverpool untuk merekodkan kemenangan bersama Aston Villa menentang bekas kelabnya malam ini.

Pengurus Aston Villa itu menyatakan pendiriannya mendapatkan tiga mata penuh dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gerrard melakukan 710 penampilan bersama the Kops dan menjaringkan 186 gol sepanjang 17 tahun karier di Anfield.

Dia telah mengambil alih tugas Pengurus Villa pada November lalu dan menyasarkan kemenangan keempat dalam ima perlawanan apabila menentang Liverpool malam ini.

Selepas bersara, bekas pemain England itu menjadi jurulatih akademi belia di Anfield pada musim 2017/18 sebelum mengambil alih pengurusan kelab Liga Scotland, Rangers.

Kemudian, Gerrard menggantikan Dean Smith sebagai pengurus Aston Villa dan berjaya meletakkan pasukannya di tempat ke-10 dalam carta EPL.

“Saya tidak memikirkan tentang sentimen terhadap Liverpool tetapi fokus mempersiapkan skuad untuk pulang dengan tiga mata penuh dari Anfield,” tegasnya. – BBC Sport.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast