Logo ogo of Bangko Sentral ng Pilipinas (Bank Pusat Filipina). foto Reuters

MANILA – Bank Pusat Filipina memantau lonjakan aduan akaun bank yang digodam daripada beberapa pengguna media sosial.

Gabenornya, Benjamin Diokno berkata, bank itu bekerjasama dengan pemberi pinjaman terbesar negara Asia Tenggara, BDO Unibank, dan Unionbank of the Philippines untuk mengambil langkah pemulihan, termasuk pembayaran balik, kata Gabenor Benjamin Diokno.

“Bangko Sentral ng Pilipinas akan melakukan segala-galanya untuk memastikan keselamatan dan integriti sistem kewangan, serta perlindungan pengguna kewangan,” tambah Diokno dalam satu kenyataan.

BDO sedang meneliti setiap kes dan akan bertindak balas kepada mereka yang terjejas, katanya dalam satu kenyataan.

Manakala Edwin Bautista, Presiden Unionbank, memberitahu, pelanggannya adalah antara bank yang menerima dana daripada akaun BDO.

Kurang daripada 10 akaun Unionbank yang menerima dana daripada akaun BDO telah pun dibekukan, kata Bautista, sambil menambah, bank itu mengambil langkah undang-undang terhadap pengguna yang membenarkan penggunaan akaun mereka untuk aktiviti jenayah.

Bank-bank masih belum dapat menganggarkan jumlah yang telah dialihkan.

Penjenayah seringkali mensasarkan sistem perbankan Filipina.

Pada 2016, akaun di Rizal Commercial Banking Corp yang berpangkalan di Manila menerima AS$81 juta yang dicuri oleh penjenayah tidak dikenali daripada akaun pusat Bangladesh di Bank Rizab Persekutuan New York, sebelum ia dihapuskan ke kasino Filipina. – Reuters