A DBKL garbage collector found a body of a newborn baby with umbilical cord still intact in a trash bin at Cheras yesterday evening. PIX: Courtery of Cheras District Police Headquarters
A DBKL garbage collector found the body of a newborn baby with umbilical cord still intact in a trash bin at Bandar Tun Razak flat in Cheras PIX: Courtery of Cheras District Police Headquarters Mayat bayi bertali pusat yang ditemui pekerja DBKL dalam tong sampah dalam keadaan menyayat hati di Cheras petang semalam. Gambar Ihsan IPD Cheras

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja pemungut sampah di di perumahan flat di Cheras di sini terkejut apabila menemui mayat bayi dalam tong sampah semalam.

Lebih menyayat hati, bayi malang didapati sudah tidak bernyawa dan insiden itu turut mengejutkan penduduk perumahan terbabit.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kejadian dilaporkan berlaku semalam di flat Bandar Tun Razak.

“Pada Isnin jam lebih kurang pukul 5.50 petang,  polis telah menerima panggilan telefon dari orang awam berkaitan dengan penemuan seorang bayi di dalam tong sampah dan saksi yang menjumpai bayi tersebut iaitu seorang lelaki bukan warganegara bekerja sebagai pekerja pembersihan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Dia mendakwa semasa mengambil tong sampah di bawah flat tersebut telah ternampak satu mayat bayi perempuan yang masih mempunyai tali pusat.

Mayat bayi bertali pusat yang ditemui pekerja DBKL dalam tong sampah dalam keadaan menyayat hati di Cheras petang semalam. Gambar Ihsan IPD Cheras.

“Pekerja berkenaan memaklumkan perkara  mengenai penemuan bayi tanpa seurat benang itu  kepada penyelianya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mayat bayi malang tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur untuk bedah siasat pada hari ini.

Menurutnya, siasatan polis mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang dijumpai pada bayi malang tersebut dan polis sedang menyiasat secara mendalam pelaku yang membuang melahirkan dan membuang bayi itu tanpa berperikemanusiaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi. Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

“Pihak polis menyeru kepada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes pembuangan bayi tersebut,” katanya.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 585 atau mana-mana balai polis berdekatan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast