Real Madrid mendahului saingan untuk mengikat khidmat Rudiger yang menuntut gaji mingguan £200,000 daripada Chelsea serta tidak dipersetujui kelab EPL itu. Foto: Reuters

LONDON – Real Madrid dilaporkan sebagai pasukan pilihan untuk memiliki pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger, secara percuma pada musim hadapan.

Pasukan Los Blancos dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan bintang Jerman tersebut.

Rudiger tidak memulakan sebarang rundingan baharu dengan the Blues.

Chelsea dikatakan memujuk pemain pertahanan itu untuk memperbaharui kontrak dan kekal bersama kelab tersebut.

Kontrak semasa Rudiger akan tamat pada Jun 2022.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel berdepan cabaran untuk meyakinkan pemain itu supaya terus kekal bersama kelab itu selain menghadapi masalah sama dengan Cesar Azpilicueta, Andreas Christensen dan Thiago Silva.

Silva yang merupakan bintang Brazil dijangka memperbaharui kontraknya.

Akhbar, The Guardian melaporkan Rudiger memberi ruang kepada Real untuk memulakan rundingan.

Selain Real, Paris Saint Germain dan Bayern Munich turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain yang berusia 28 tahun itu.

Rundingan Chelsea dengan Rudiger dihentikan beberapa bulan lalu dengan Rudiger didakwa menuntut kenaikan gaji kepada £200,000 daripada £90,000 seminggu. – Dailymail.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast