Home Utama Bot bawa PATI karam,10 meninggal dunia

Bot bawa PATI karam,10 meninggal dunia

KUALA LUMPUR –  Seramai 10 pendatang tanpa  izin (PATI) meninggal dunia dalam kejadian bot karam di perairan pantai Tanjung Balau yang berlaku pagi ini.

Daripada mangsa yang meninggal dunia, empat daripadanya wanita dan selebihnya lelaki.

Selain itu, 21 mangsa lagi berjaya ditemui manakala 29 lagi masih hilang, menurut kenyataan media hari ini.

Dilaporkan bot berkenaan membawa 60 PATI itu karam akibat cuaca buruk dan kejadian dilaporkan berlaku pukul 7.40 pagi tadi.

Terdahulu, Pasukan Keluaran Operasi ketika tiba di lokasi mendapati terdapat sebuah bot terbalik di perairan pantai Tanjung Balau.

Jarak bot berkenaan adalah 20 meter daripada pantai.

Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat 29 mangsa masih giat dijalankan.- MalaysiaGazette