Foto Instagram Fizi Ali.

KUALA LUMPUR – Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengesahkan dirinya dan pelakon, Shakilla Khoriri sudah mengambil keputusan untuk bercerai.

Berita tersebut telah dikongsikan sendiri oleh penyampai radio berkenaan menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram miliknya.

“Assalammualaikum semua.. Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.. Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing.

“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang.. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi,” tulisnya.

Fizi menganggap jodohnya bersama pelakon berkenaan sudah berakhir dan berharap agar semua pihak menghormati keputusan mereka.

“Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini..Anggaplah jodoh kami sampai di sini.. Terima kasih atas doa-doa kalian sebelum ini.

“Mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha.. Insya Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga.. Minta maaf dan terima kasih,” ujarnya.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nurul Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast