Foto Sky Sports.

LONDON – Ketiadaan Pierre-Emerick Aubameyang langsung tidak memberi kesan kepada Arsenal selepas merakam kemenangan 2-0 ke atas West Ham dan melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris, lapor Sky Sports.

Pada aksi awal pagi tadi, Gabriel Martinelli dan Emile Smith Rowe muncul wira pada babak kedua aksi tetangga London di Stadium Emirates yang menyaksikan pemain West Ham Vladimir Coufal dibuang padang.

Arsenal kini satu mata di depan West Ham selepas kemenangan kedua berturut-turut yang meredakan isu berkaitan keputusan Mikel Arteta melucutkan status kapten daripada penyerang Gabon, Aubameyang.

Skuad kendalian Arteta kini berada dalam kelompok empat teratas buat pertama kali dalam tempoh dua tahun setengah.

Ia adalah prestasi luar biasa buat Arsenal yang tewas tiga perlawanan pembukaan liga buat pertama kali dalam tempoh 67 tahun.

Dia pulang lewat dan terlepas latihan minggu lalu kerana menziarahi ibunya yang sakit di Perancis. – MalaysiaGazette