Gol penyamaan Everton pada minit ke-74 memaksa Chelsea dinafikan tiga mata penuh dalam aksi EPL awal pagi tadi.BBC Sport

LONDON – Chelsea gagal memanfaatkan peluang untuk merapatkan mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City apabila seri 1-1 dengan Everton pada awal pagi tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Stamford Bridge, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

The Blues membuka jaringan menerusi Mason Mount menyempurnakan hantaran Reece James pada minit ke-70.

Namun, kegembiraan anak buah Thomas Tuchel tidak lama apabila Everton menyamakan kedudukan menerusi jarigan bintang muda, Jarrad Branthwaite empat minit selepas itu.

Keputusan itu menyaksikan Chelsea menduduki tangga ketiga liga di belakang Manchester City dan Liverpool manakala Everton menghuni tangga ke-14. – BBC Sport