Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Pembayaran Fasa 3 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) sebanyak RM300 akan dibuat pada 20 Disember ini.

Penerima yang mempunyai akaun bank, BKC akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank manakala mereka yang tidak memiliki bank, penerima boleh ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

”Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette