Lelaki tempatan ditemui dalam keadaan tidak sedar diri disyaki gantung diri dengan tali beg silang di biik tidurnya di Flat Cheras Ria, pagi tadi. Gambar Ihsan IPD Cheras.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan telah ditemui mati di dalam bilik tidurnya di perumahan flat di Flat Cheras Ria, Cheras hari ini.

Kejadian disyaki berlaku pada jam lebih kurang 8.33 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, Pusat Kawalan IPD Cheras telah menerima maklumat melalui panggilan MERS 999 berkaitan kejadian individu tidak sedarkan diri di Flat Cheras Ria.

“Bertindak atas maklumat tersebut sepasukan anggota polis dari Balai Polis Cheras telah pergi ke tempat kejadiaan.

“Siasatan di dalam rumah flat itu mendapati mangsa seorang lelaki warganegara berumur 52 tahun dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur utama kediaman tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan HCTM yang hadir di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan tadi.

Lelaki tempatan ditemui dalam keadaan tidak sedar diri disyaki gantung diri dengan tali beg silang di biik tidurnya di Flat Cheras Ria, pagi tadi. Gambar Ihsan IPD Cheras.

Difahamkan mangsa merupakan seorang anggota Rela.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden yang berlaku.

“Polis juga mendapati kematian dipercayai berlaku dengan mangsa bertindak menggantung diri menggunakan tali beg silang miliknya.

“Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca kematian si mati.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan cara menghubungi Ketua Polis Balai Cheras ASP Mohd Redzuan Bin Md Darus ditalian 03-92050301 samb 302,” tegasnya.-MalaysiaGazette