Lebih puluhan kereta berhenti ditengah jalan akibat laluan jalan utama dinaiki air berikutan hujan lebat berpanjangan bermula dari pagi sehingga lewat malam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 DISEMBER 2021. thunderstorm heavy downpour rain weather forecast
Lebih puluhan kereta berhenti ditengah jalan akibat laluan jalan utama dinaiki air berikutan hujan lebat berpanjangan bermula dari pagi sehingga lewat malam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Beratus-ratus orang terperangkap di Shah Alam semalam akibat terkandas akibat banjir sejak semalam.

Mereka rata-ratanya datang dari Klang juga terputus hubungan untuk keluar menuju ke Kuala Lumpur.

Semua jalan keluar dan masuk ke Shah Alam terputus terutama laluan lebuh raya dan disifatkan bencana alam paling teruk pernah berlaku di Lembah Klang.

Keadaan banjir di sekitar Shah Alam dan Klang juga semakin kritikal dan ramai sudah dipindahkan ke pusat pemindahan.

Lebih puluhan kereta berhenti ditengah jalan akibat laluan jalan utama dinaiki air berikutan hujan lebat berpanjangan bermula dari pagi sehingga lewat malam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 DISEMBER 2021.

Malah hotel-hotel di sekitar bandar raya Shah Alam juga sudah penuh ditempah oleh mangsa-mangsa banjir.

Selain hotel, beberapa agensi seperti perpustakaan Shah Alam, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah juga dibuka kepada mangsa banjir dan mereka yang terperangkap.

Lebih puluhan kereta berhenti ditengah jalan akibat laluan jalan utama dinaiki air berikutan hujan lebat berpanjangan bermula dari pagi sehingga lewat malam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 DISEMBER 2021.

Ramai juga yang terpaksa tidur di dalam kenderaan di tepi-tepi jalan kerana tidak lepas keluar sejak petang semalam.

Kedai stesen minyak menjadi lokasi mereka membeli barangan makanan bagi mengalas perut selain ada juga penduduk tempatan menyalurkan makanan.

Selain itu, keadaan banjir juga berlaku di beberapa tempat seperti di Jalan Klang Lama, Ampang dan Hulu Klang selain beberapa kejadian tanah runtuh.

Banjir kilat akibat limpahan air sungai dan perparitan berikutan hujan berterusan sejak semalam yang mengakibatkan beberapa jalan sekitar ibu kota ditenggelami air ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sekitar Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 19 DISEMBER 2021.

Di ibu kota, air Sungai Klang melimpah malam tadi menyebabkan beberapa kawasan tenggelam termasuk Dataran Merdeka dan kawasan sekitar pusat beli-belah Sogo.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast