Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim hadir melawat kawasan yang mengalami banjir akibat hujan berterusan di Seksyen 25 Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 20 DISEMBER 2021.

SHAH ALAM – Sebanyak 10 bot daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  termasuk jentera berat akan ditempatkan di Taman Sri Muda di sini bagi membantu menyelamatkan mangsa banjir.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) pula akan memberikan sumbangan makanan.

“Semua jentera WP telah digerakkan ke sini termasuk kenderaan berat dan bot, dalam masa yang sama YWP memberi bantuan dalam bentuk hamper makanan dan ada juga NGO dan daripada pasaraya yang kita akan hantar bantuan ini untuk mangsa yang tidak keluar,” katanya ketika meninjau aktiviti menyelemat mangsa banjir di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan penguat kuasa DBKL juga telah diarahkan untuk berada di lokasi itu bersama-sama agensi kerajaan lain membantu mangsa banjir.

“Pergerakan ini akan berjalan terus selama 24 jam. Dua pam besar akan digunakan untuk mengepam air di sini  ini di antara yang dilakukan agensi kerajaan,” tambahnya.

Sebagai rekod, Taman Sri Muda merupakan antara kawasan yang teruk terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Sehingga kini, kerja-kerja membawa mangsa banjir keluar masih giat dijalankan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast