Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan semakin baik selepas menjalani semua prosedur selepas di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, pasukan doktor IJN yang merawat Dr. Mahathir berpuas hati terhadap semua laporan kesihatan beliau dan bersedia membenarkan Ahli Parlimen Langkawi itu  pulang ke rumah dalam tempoh beberapa hari lagi.

Isteri Dr. Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan suaminya sejak mula menerima rawatan di IJN.

Pada 16 Disember lalu, Dr. Mahathir menjalani siri pemeriksaan kesihatan di IJN untuk melengkapkan pemeriksaan.

Untuk rekod, Dr. Mahathir pernah mengalami serangan jantung pertama tahun 1989 pada usia 64 tahun dan kali kedua tahun 2006.

Kali ketiga adalah setahun selepas itu di mana beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.

Kesemua rawatan jantung Dr. Mahathir dirawat di IJN. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN