KUANTAN – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turun padang lagi bagi bersama-sama rakyat Pahang yang dilanda banjir.
Meskipun negara masih berdepan pandemik Covid-19, Tunku Azizah berkenan menyediakan makanan untuk diedarkan kepada mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuantan.
Kali ini baginda memilih untuk memasak sendiri di ruang memasak khas KYP Advanced Skills Kubang Buaya, Kuantan, Pahang.
Menerusi Facebook rasmi Istana Pahang, Tunku Azizah ini memaparkan baginda ligat di dapur menyediakan sendiri bahan-bahan untuk dimasak baginda. – MalaysiaGazette