KUALA LUMPUR – Penduduk yang berada di negeri-negeri utara Semenanjung berwaspada susulan jangkaan ribut petir akan berlaku di kawasan terbabit pada hari ini dan esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan tersebut berikutan sistem tekanan rendah kini berada di kedudukan 4.8’U 93.7’T di Laut Andaman.

”Sistem tekanan rendah ini dijangka bergerak ke arah timur menghampiri utara Selat Melaka. Kemungkinan sistem ini meningkat ke tahap Lekukan Tropika adalah rendah, sekali gus keadaan ini boleh menyebabkan ribut petir di negeri-negeri utara Semenanjung,” katanya dalam kenyataan di sini.

Oleh itu, orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan berwaspada.

MetMalaysia, tambahnya akan sentiasa memantau keadaan cuaca ini dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan apabila keadaan perlu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast