Anggota bomba membuat persiapan hadapi banjir di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang mengenal pasti 62 lokasi berisiko banjir membabitkan di lima daerah negeri dan Seberang Perai Tengah (SPT) dikenal pasti sebagai daerah paling berisiko.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Hafiz Hafizal Timaradin berkata, sebanyak 20 lokasi dikenal pasti di daerah SPT manakala 42 lagi lokasi di negeri ini berisiko terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh.

Bagaimanapun, jelas beliau, pihaknya sudah membuat pemantauan dan akan bertindak segera sekiranya berlaku bencana.

Hafiz Hafizal (kanan) memantau anggota bomba melakukan persiapan banjir di Pulau Pinang.

“Seramai 761 anggota berada dalam keadaan siap siaga bagi memantau dan menyelamat di kawasan berisiko sekiranya berlaku kejadian banjir di negeri ini.

“Operasi itu turut membabitkan kira-kira 300 anggota 38 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Pulau Pinang.

“Kita juga mempunyai dua unit dron dan bantuan Pengkalan Udara Bertam dalam operasi berkenaan,” katanya ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak di sini hari ini.

Hafiz Hafizal berkata, pihaknya turut bersedia dengan 25 kenderaan pengangkutan air selain mengambil maklum mengenai amaran yang dikeluarkan oleh agensi kaji cuaca.

“Seramai sembilan anggota JBPM Pulau Pinang membabitkan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut membantu kerja menyelamat di Selangor,” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast