Kenderaan polis mengiringi lori tangki bagi mengelakkan gangguan lalu lintas.

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat pembekal petrol dan diesel (Oilco) diarahkan memastikan tidak berlaku sebarang gangguan bekalan bahan api dan
membuat langkah-langkah persediaan bagi memastikan penghantaran bekalan petrol dan diesel dapat dilaksanakan dengan cepat ke kawasan yang terjejas.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga meminta Oilco yang memiliki ROVR atau stesen petrol bergerak untuk digunakan aparatus dan perkhidmatan tersebut di kawasan-kawasan di mana semua stesen petrol terpaksa ditutup.

Pengarah Penguat Kuasa, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, kementerian itu telah bersetuju untuk memberikan bantuan pengiring kepada lori-lori Oilco yang menghantar bekalan minyak ke kawasan bencana terutama dalam memastikan ianya tidak terhalang dengan kesesakan lalu lintas atau lain-lain halangan.

Manakala stesen-stesen minyak yang tergendala operasi atau terpaksa ditutup akibat banjir atau lain-lain bencana perlu membuat laporan segera kepada
Bahagian Penguat Kuasa, KPDNHEP negeri.

”Dalam persetujuan tersebut, syarikat minyak diminta melaporkan situasi semasa sebelum jam 10 malam bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast