The Fire and Rescue Department Director-General, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid at a news conference on the latest flood situation in Selangor at the Taman Sri Muda Control Post, Shah Alam. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 23 DECEMBER 2021
The Fire and Rescue Department Director-General, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid at a news conference on the latest flood situation in Selangor at the Taman Sri Muda Control Post, Shah Alam. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 23 DECEMBER 2021. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid bercakap pada sidang media khas mengenai situasi terkini keadaan banjir Selangor di Pos Kawalan Taman Sri Muda Shah Alam. Foto AFFAN FAUZI, 23 DISEMBER 2021.

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menolak dakwaan bahawa pihaknya memilih kasih ketika melakukan operasi menyelamat banjir besar yang berlaku di Selangor baru-baru ini.

”Jangan buat tuduhan tanpa fakta, data dan bukti yang betul,” tegas Ketua Pengarah JBPM,  Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Menurutnya, anggota-anggota bomba sentiasa mengutamakan nyawa orang ramai dalam apa juga keadaan dalam operasi menyelamat.

Jelas beliau, anggota-anggota bomba membantu tanpa mengira latar belakang, kaum, bangsa, agama ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Cuma kita (anggota-anggota bomba) tidak bercakap depan orang ramai atau menguar-uarkan dalam laman sosial,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Bencana di Taman Sri Muda, Shah Alam di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan segelintir mangsa-mangsa banjir yang mendakwa anggota bomba pilih kasih dalam melaksanakan operasi di kawasan banjir besar.

Mohammad Hamdan berkata, sejak Oktober lalu, ratusan anggota bomba juga kehilangan rumah dan peralatan kediaman akibat banjir.

Bagaimanapun, katanya, tiada seorang pun anggota bomba yang ‘berbuat bising’ di dalam media sosial kerana ia merupakan etika dalam perkhidmatan awam.

Lagipun, keutamaan tugas anggota bomba adalah nyawa orang lain.

“Sehingga ada anggota bomba tidak tahu pun di mana anak dan keluarganya dipindahkan. Inilah komitmen kami. Menyabung nyawa menyelamatkan orang lain.

“Kalau ada fikiran-fikiran negatif kita tak boleh tahan tetapi jangan buat tuduhan tanpa bukti, data dan fakta yang betul.

”Insya-Allah kami akan perbaiki kelemahan,” katanya sambil memberitahu ada pegawai bomba yang 72 jam tidak tidur kerana terlibat dalam operasi menyelamat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast