Home Utama Mayat kanak-kanak hanyut ditemui pakai pelitup muka

Mayat kanak-kanak hanyut ditemui pakai pelitup muka

TEMERLOH – Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang mati lemas ketika hanyut dalam banjir ditemui lengkap memakai pelitup muka dalam operasi dan menyelamat di sini hari ini.

Menurut polis, Allahyarham Mohd Aireel Zikree ditemui dengan lokasi yang dipercayai hanyut kira-kira satu meter daripada penemuan mayat ayahnya, Allahyarham Musa Ahmad, dua jam sebelum itu.

Proses pengecaman awal dilakuka oleh dua orang kakak mangsa di lokasi mayat ditemui.

Mangsa anak ketujuh daripada lapan beradik memakai t-shirt merah hati ditemui keadaan seperti berpelukan  dijumpai dalam operasi pencarian kedua.

Dalam kejadian petang semalam, Aireel Dan ayahnya yang berusia 53 tahun dikatakan hanyut akibat arus banjir berhampiran Bangunan UMNO Mentakab.

Sehingga kini, 13 rekod kematian dicatatkan akibat musibah banjir yang melanda di negeri. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua beranak jadi mangsa banjir di Mentakab

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast