Ayob Khan Mydin Pitchay

KUALA LUMPUR – Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay akan memulakan tugas baharunya sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuatkuasa 25 Januari ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner Ruslan Khalid menerusi satu kenyataan yang mengesahkan perkara itu berkata, ia membabitkan pertukaran tiga pegawai kanan PDRM.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat akan menggantikan Ayob Khan sebagai Ketua Polis Johor yang baharu.

Jawatan Ketua Polis Kedah akan diisi oleh Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Deputi Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad dengan memangku pangkat sebagai Komisioner Polis (CP).-MalaysiaGazette