Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang melihat keadaan sekitar Taman Sri Nanding yang terjejas akibat banjir di Hulu Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 26 DISEMMBER 2021.

HULU LANGAT – Rebat sebanyak 100 peratus secara sekali beri bagi bil elektrik bulan Disember akan diberikan kepada 72,000 mangsa banjir.

Bantuan ini bagi meringankan beban mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, manfaat rebat itu diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk kediaman sahaja dan tidak melibatkan kilang,” katanya selepas meninjau kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, di sini hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) pula akan menyediakan servis menunda kenderaan secara percuma bagi kenderaan jenama itu berdasarkan faedah insurans.

Manakala bayaran upah buruh untuk membaiki dan servis kenderaan yang dihantar ke pusat servis itu adalah percuma dan bayaran alat ganti pula diberikan diskaun 50 peratus.

Difahamkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz akan berunding beberapa lagi syarikat kereta termasuk Proton Holdings Bhd. – MalaysiaGazette

Zakat LZS