Steven Gerrard disahkan positif Covid-19 untuk kali kedua tahun ini.Foto Kredit: PA media

LONDON – Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard disahkan positif Covid-19 pada Sabtu.

Berikutan itu, beliau tidak akan memimpin pasukannya dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di halaman sendiri menentang Chelsea pada Ahad ini dan Leeds United pada Selasa depan.

Legenda Liverpool itu kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamanya di London.

Ini merupakan kali kedua bekas Pengurus Rangers itu disahkan positif Covid-19 danĀ Gerrard, 41, telah melaksanakan kuarantin kendiri pada awal Januari lalu akibat Covid-19.

Sebelum ini, Aksi Villa menentang Burnley pada Sabtu lalu ditunda ekoran penularan virus itu dalam kalangan pemain kelab tersebut.

Setakat ini tiga aksi EPL telah dibatalkan berikutan Covid-19 iaitu aksi Liverpool bertemu Leeds, Watford menentang Wolves dan Burnley bertemu Everton akibat ancaman varian Omicron di England.

Aksi Chelsea di Villa Park adalah antara enam perlawanan yang dijadualkan untuk diteruskan di sebalik ancaman Covid-19.

Gerrard dilantik sebagai Ketua Jurulatih Villa pada 11 November lalu selepas mengemudi Rangers selama tiga tahun.

Beliau mengambil alih pengurusan Villa Park selepas Dean Smith dipecat berikutan mengalami lima kekalahan berturut-turut pada awal musim ini.

Sejak Gerrard mengambil alih pasukan itu, beliau berjaya merekodkan empat kemenangan daripada enam aksi EPL setakat ini dan tewas dua aksi menentang Manchester City dan bekas pasukannya, Liverpool. – BBC Sport.com