Gambar hiasan

CALIFORNIA – Seorang peluncur lelaki maut di serang ikan jerung pada malam Krismas di sini di Teluk Morro.

Polis berkata, identiti lelaki yang belum dikenal pasti itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan kini sedang dijalankan.

Pengunjung pantai telah diarahkan supaya tidak berada di dalam air dalam tempoh 24 jam.

Teluk Morro terletak kira-kira separuh jalan antara San Jose dan Los Angeles.

“Ia satu kemalangan yang mengerikan.

“Nasib baik, cuaca dan angin telah menjejaskan ombak, jadi tidak ramai peluncur, tetapi kami telah menutup perairan untuk keselamatan,” Pengarah Peronda Pelabuhan, Eric Endersby dipetik sebagai berkata oleh CNN.

Mangsa serangan pada hari Jumaat dipercayai seorang ahli papan luncur badan berusia 31 tahun, lapor Los Angeles Times.

Lapor akhbar itu, mangsa telah dibantu oleh peluncur wanita, yang mengheretnya ke pantai.

Terdapat beberapa serangan jerung di kawasan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi ia dipercayai kematian pertama dalam serangan itu sejak 2003. – MalaysiaGazette