PAS logo Melaka state election Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dinyatakan Tuan Ibrahim dalam Facebook rasminya.

Menurut Timbalan Presiden Pas itu, beliau telah menjalani kuarantin sebelum dijangkiti Covid-19, hari ini. 

“Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif Covid-19.

“Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu. Seorang cucu selamat dilahirkan semalam dan disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sg Buluh. Doakan,” katanya hari ini.

Khamis lalu, Tuan Ibrahim memberitahu tiga anaknya disahkan positif Covid-19.  – MalaysiaGazette