Tan Teik Cheng (dua dari kiri) menerima replika cek RM15 juta bagi membeli feri baru buat Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Kerajaan pusat memperuntukan RM30 juta kepada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bagi pembelian feri baharu serta menaik taraf terminal.

Pengerusi SPPP, Datuk Tan Teik Cheng berkata, sebanyak RM30 juta disalurkan bagi membiayai pembelian lima buah feri baharu oleh PPSB yang mana RM15 juta disalurkan pada tahun ini manakala baki RM15 juta lagi pada tahun depan.

Jelas beliau, Kerajaan Persekutuan berhasrat dengan pembelian peruntukan dan menaiktaraf kedua-dua terminal supaya menjadi tanda mercu Pulau Pinang.

Tan Teik Cheng.

“Peruntukan sebanyak RM30 juta ini adalah bagi membiayai pembelian lima feri baharu oleh PPSB dan sebarang kerja naik taraf terminal.

“Semua kosnya perlu ditanggung PPSB manakala jika harga feri melebihi jumlah yang diperuntukkan, PPSB perlu menanggung kos pembelian feri itu.

 “Apabila semua rancangan reformasi Feri Pulau Pinang dilaksanakan dengan sempurna, ia tentu memberi perkhidmatan yang lebih moden, selesa dan kesajahteraan rakyat dapat dipertingkatkan serta merangsangkan bidang pelancongan dan ekonomi negeri Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di Terminal Swettenham Pier Cruise, di sini, hari ini.

Ketika ini terdapat enam buah feri ikonik di Pulau Pinang.

Sebuah feri dihadiahkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang; dua akan dijadikan feri pelancongan, dua akan dijadikan restoran terapung dan sebuah lagi akan dijadikan muzium terapung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast