Najib Razak Ismail Sabri EPF i-Citra withdrawal Tengku Zafrul
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan yang tidak membenarkan pengeluaran kali kedua i-Citra mendapat perhatian bekas Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib dalam kenyataannya di Facebook hari ini menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak mendengar nasihat Menteri Kewangan, Datuk Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Usahlah dengar nasihat Menteri Kewangan ketinggalan zaman PN (Perikatan Nasional). Dengarlah rintihan rakyat. Last (akhir) sekali pengeluaran khas.

“Lepas itu, fokus untuk bina balik simpanan pendeposit baki rendah dalam KWSP. Banyak caranya,” kata Najib.

Najib antara individu yang menggesa Ismail Sabri agar memikirkan seklai lagi untuk membenarkan lagi pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi berharap kenyataan itu  bukan keputusan akhir Ismail Sabri dan Tengku Zafrul.

Asyraf secara terang-terangan meminta Ismail Sabri tidak mendengar nasihat Tengku Zafrul mengenai perkara itu.

“Usahlah dengar nasihat Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Alasan yang diberikan untuk menafikan pengeluaran KWSP sama sahaja dengan alasan waktu kami bersemuka dengan menteri kewangan apabila beliau mempertahankan pendirian untuk tidak membenarkannya waktu PKP 1.0 lagi,” kata Asyraf.

Ismail semalam berkata, kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan pengeluaran i-Citra RM10,000 buat kali kedua walaupun terdapat desakan politik selepas rakyat menghadapi bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini. – MalaysiaGazette

i-Citra: PM dengarlah rintihan rakyat, bukan nasihat menteri kewangan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast