Seorang pekerja warga asing te;ah maut selepas tiang kren besi yang diturunkan hilang kestabilan dan menghempap pekerja di tapak binaan di Kuala Lumpur.- Gambar Ihsan IPD Brickfields

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja warga asing maut selepas dihempap tiang besi kren di tapak binaan di Jalan Kuchai Maju, Kuchai Entepreneur Park hari ini.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 11 pagi di Jalan Kuchai Maju, Kuchai Entepreneur Park.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, tiang besi berkenaan tidak stabil semasa proses penurunan dijalankan.

Ia kemudiannya terjatuh dan menghempap mangsa, katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Amihizam, mangsa berumur 42 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Menurutnya, polis memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Orang ramai dinasihatkan supaya menyalurkan maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan bolehlah disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.- MalaysiaGazette