Penduduk Kampung Delek yang kediamannya terjejas akibat banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan hujan lebat berpanjangan bermula dari pagi sehingga lewat malam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Rendah Agama, Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 442 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 15 kes daripadanya adalah mangsa yang berada di Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Bagaimanapun, ujarnya, tidak ada kluster dalam kalangan mangsa banjir di PPS, hari ini.

Terdahulu, beliau berkata, sebanyak 3,997 kes positif direkodkan hari ini.

“Kes import sebanyak 366 kes (335 warganegara; 31 bukan warganegara).

“Kes tempatan pula 3,631 kes [3,516 warganegara (96.8 peratus); 115 bukan warganegara (3.2 peratus)]” ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau memberitahu, sebanyak 3,984 kes sembuh Covid-19 dilaporkan hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 281 kes berada Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 155 kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, tiga kluster baharu dikenal pasti hari ini menjadikan jumlah kluster terkini adalah 6,123.

“Jumlah kluster yang telah tamat adalah 5,902 kluster 221 kluster aktif,” kata Noor Hisham. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast