SEPANG – Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah mengerakkan sekitar 1,000 kakitangan beserta para sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, antara bantuan yang diberikan seperti baik pulih rumah, membersihkan rumah penduduk terkesan dengan banjir dan memeriksa serta membaiki peralatan elektrik.

“Kalau ikutkan kita (Mara) telah mula (turun beri bantuan) sejak hari kejadian berlaku Sabtu, Ahad dan Isnin kita (kakitangan) telah bergerak bersama sukarelawan MARA (para pelajar di bawah Mara dan sebagainya).

“Sepanjang bencana banjir ini berlaku di Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, kita telah memberikan khidmat pembersihan rumah, kemudian kita juga memberi khidmat bantuan pembaikan peralatan elektrik di mana kita periksa dan baiki kerosakan dengan kekuatan lebih 800 hingga 1000 di seluruh negeri warga MARA yang terlibat dalam sukarelawan misi banjir ini,”katanya.

Azhar berkata demikian ketika di temui di Program Membersih Rumah Mangsa Banjir anjuran Kementerian Luar Bandar (KPLB), Mara dan Mara Corporation di Kampung RTB Bukit Canggang di sini pagi tadi.

Selain Bukit Canggang, KPLB turut mengerakkan seramai 300 kakitangan dan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir membersihkan rumah di daerah Bentong.

Selain Mara, program tersebut turut di hadiri kakitangan di bawah agensi KPLB seperti RISDA, KEMAS, Felcra serta sukarelawan dari UniKL dan Kolej PolyTech Mara.

Azhar seterusnya berkata, sepanjang musibah ini melanda negara seramai 287 warga kerja Mara turut terkesan dalam bencana banjir ini.

“Alhamdulillah bantuan disampaikan dalam bentuk kewangan, bakul makanan dan khidmat mencuci rumah ke rumah.

“Bagi peminjam perniagaan atau pelajaran, kita juga akan buat penjadualan semula dan perkara itu telah pun diumumkan oleh YB Menteri.

“Banjir ini ketentuan Allah kita diberitahu akan ada gelombang kedua, dari segi persediaan saya telah gerakkan semua pejabat MARA seluruh negara untuk bersiap siaga dan berwaspada dan teruskan program CSR kepada warga MARA dan orang awam,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast