KERALA (INDIA) – Mayat seorang wanita yang ditemui hangus dalam sebuah rumah terbakar di Paravoor di utara Kerala di sini pada Khamis.
Insiden mengejutkan penduduk itu mencetuskan panik sebelum polis telan melancarkan siasatan.
Kini, adik wanita kepada si mati sedang diburu polis bagi membantu siasatan.
Mayat wanita yang dikenal pasti sebagai Vismaya, 25, ditemui di dalam rumahnya di perumahan Panorama Nagar di daerah Paravoor.
Polis masih sedang mengesan adik mangsa yang disyaki menghilangkan diri dari tempat insiden selepas jiran mereka melihat rumah itu terbakar.
Laporan media tempatan The New Indian Express memaklumkan polis sedang menunggu laporan bedah siasat mayat untuk menentukan punca kematian mangsa.
Mayat si mati ditemui dalam keadaan hangus terbakar dan kesan darahnya ditemui berhampiran pintu masuk kediamannya.
“Kita telah merampas visual kamera litar tertutup yang menunjukkan adik perempuan mangsa berjalan dan menghilangkan diri sejak selepas insiden tersebut,” kata polis.
Polis Kerala juga sedang berusaha untuk menjejaki telefon bimbit milik si mati yang masih hilang.
Semasa pasukan bomba dan polis ke lokasi kebakaran mendapati pintu hadapan rumah mangsa dikunci di luar bilik mayat mangsa ditemui.
Siasatan lanjut diteruskan berdasarkan laporan dan bukti yang dikumpul pasukan forensik di lokasi.-Indiatoday.in