Klopp diuji positif Covid-19 dan akan menjalani ujian PCR pada Ahad sebelum menjalani kuarantin kendiri 10 hari di rumah.Kredit Foto PA

LONDON – Jurgen Klopp disyaki terkena jangkitan positif Covid-19 selepas menunjukkan beberapa gajala ringan virus maut itu.

Perkembangan terbaharu itu bakal menyaksikan Pengurus Liverpool itu akan terlepas perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge pada malam Ahad.

Klopp kini telah menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selama 10 hari seperti disyaratkan jabatan kesihatan di United Kingdom bagaimanapun dia akan menjalani ujian saringan PCR untuk mengesahkan jangkitan itu.

Sementara itu, penolong pengurusnya, Pep Lijnders akan memimpin pasukannya ke Stamford Bridge malam ini.

Liverpool dalam satu kenyataan trasminya mengesahkan ujian saringan calitan yang dilaksanakan ke atas pemain dalam pasukannya tidak membawa sebarang kes baharu positif kecuali tiga kes yang pernah disahkan Klopp Jumaat lalu.

Terkini Klopp sendiri telah disahkan positif Covi-19 dalam ujian saringan terbaharu yang dijalankan semalam.

Sekiranya keputusan positif itu disahkan menerusi satu lagi ujian saringan ke atas Klopp, dia juga akan terlepas aksi pertengahan Separuh akhir Piala Liga menentang Arsenal nanti.

Bercakap pada Jumaat Klopp menjelaskan bahawa pasukannya merekodkan tiga kes positif terbaharu membabitkan kakitangan pasukan.

“Saya tak dapat memperincikan siapa yang diuji positif beserta identitinya sebab kami perlu menjalankan ujian saringan PCR untuk pasukan esok (Sabtu) bagi menentukan siapa yang terjangkit,” katanya sebelum ini.

Ditanya jika Liverpool akan menuntut Liga Perdana supaya menangguhkan perlawanan berikutan risiko penularan Covid-19, Klopp bagaimanapun menyatakan bahawa pihaknya tidak mempunyai niat sebegitu.

Liverpool kini menduduki tempat ketiga dalam carta EPL dan mengharapkan kemenangan ke atas skuad Thomas Tuchel selepas tewas mengejut 1-0 kepada Leicester City pada 28 Disember lalu.-Dailymail.com