Seorang pengemis berteduh berikutan hujan lebat mula turun ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Keadaan hujan lebat beserta ribut petir dijangka melanda lima negeri termasuk seluruh Wilayah Persekutuan (WP) sehingga pukul 6 petang hari ini.

Menerusi kemas kini yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pukul 3.40 petang, amaran ribut petir itu dijangka melanda seluruh WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan serta Selangor.

Manakala beberapa kawasan di negeri Perak yang diramal mengalami hujan lebat termasuk Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Sementara di Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Jelebu, Seremban dan Port Dickson), Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningai dan Tambunan) dan Sarawak (Bintulu, Sebauh, Miri dan Limbang). – MalaysiaGazette