Chelsea bangkit dari ketinggalan 0-2 sebelum menjaringkan gol penyamaan menentang Liverpool dalam aksi EPL awal pagi tadi.BBC Sport

LONDON – Pertembungan Chelsea dan Liverpool bagi merapatkan kedudukan dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, tidak kesampaian apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan awal pagi tadi.

Dalam aksi di Stamford Bridge, Chelsea dikejutkan jaringan lawan sembilan minit permainan bermula menerusi Sadio Mane, malah Liverpol menambah gol menerusi Mohamed Salah pada minit ke-26.

Bagaimanapun, the pasukan tuan rumah mula mengatur gerakan selepas itu bagi merapatkan jurang jaringan pada minit ke-42 menerusi Mateo Kovacic.

The Blues terus mengasak dan gol yang dicari kunjung tiba pada sebelum rehat.

Pada separuh masa kedua-dua pasukan mengaturan serangan namun tiada gol dihasilkan sehingga tamat perlawanan.

Chelsea kini menghuni carta dengan tangga kedua dengan 43 mata selepas mengharungi 21 perlawanan diikuti Liverpool di tempat ketiga, kurang satu mata daripada the Blues. – BBC Sport