Foto Facebook Sri Pahang FC.

KUALA LUMPUR – Abang penyerang Manchester United, Anthony Martial antara lapan pemain baharu termasuk seorang import yang diumumkan Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi kelab itu, abangnya adalah bekas pemain pasukan remaja kebangsaan Perancis iaitu Johan Martial.

Selain itu, Fandi Othman, David Rowley, Sean Gan Gianelli, Muhammad Faizal Mohd Arif, Azwan Aripin, Wan Amirzafran Wan Nadris dan Wan Mohd Syazmin Wan Rozaimi.

Dia memiliki pengalaman beraksi dengan beberapa kelab Ligue1 termasuklah Bastia, Brest, Troyes dan musim lalu bersama FC Sochaux.

Walaupun belum mengumumkan secara rasmi barisan pemain, khidmat pemain tengah berpengalaman, Nor Azam Azih, Ashar Al Aafiz Abdullah dan Shahrul Aizad Zukifli yang beraksi musim lalu masih berada dalam pasukan.

Sebagai persediaan menghadapi saingan Liga M musim ini, Sri Pahang memulakan latihan pertama di Muadzam Shah, Rompin, malam tadi.

Kelmarin, Sri Pahang mengumumkan Gamel yang juga bekas ketua jurulatih kebangsaan Fiji sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu manakala Dollah Salleh dilantik sebagai pengurus pasukan. – MalaysiaGazette