Foto Twitter The Asean Football.

KUALA LUMPUR – Tonggak pertahanan negara, Dion Cools kembali ke saingan Jupiler Pro League Belgium bagi menghadapi baki saingan musim 2021/2022 dengan menyertai Zulte Weregem.

Kelab mengumumkan ketibaan Dion di laman media sosial rasmi pasukan dan pemain berusia 26 tahun itu menyertai Zulte secara pinjaman sehingga saingan musim 2021/2022 menutup tirai.

“Zulte adalah pasukan yang baik meskipun tidak meraih hasil yang positif sejak kebelakangan ini.

“Kelab ini mempunyai cita-cita dan sasaran tersendiri dan saya harap saya mampu untuk menjadi sebahagian daripada daripada usaha itu,” kata Cools.

Zulte ketika ini menduduki tangga ke-16, empat mata di atas zon penyingkiran yang ketika ini dihuni oleh RFC Seraing dan Beerschot.

Kehadiran Cools diihat mampu untuk mengukuhkan benteng pertahanan Zulte dalam usaha untuk menjarakkan diri daripada zon penyingkiran.

Sebelum ini, Cools beraksi bersama kelab Denmark, FC Midtjylland yang merupakan pendahulu dalam saingan Danish Superliga ketika ini dengan kutipan 35 mata, dua mata di hadapan FC Copenhagen yang menduduki tempat kedua.

Dia memulakan karier bola sepak profesional dalam saingan liga Belgium dimana pada kali pertama beliau beraksi ialah ketika musim 2014-2015 dalam saingan divisyen kedua bersama OH Leuven.

Pada June 2015, pemain kacukan Malaysia-Belgium itu menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Club Brugge dan beliau berjaya memenangi dua kejuaraan divisyen pertama serta Belgian Super Cup selain beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Lima musim kemudian, Dion berhijrah ke saingan liga Denmark dimana dia menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama FC Midtjylland. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast